AMOORA MENGATASI SEMBELIT SEMASA HAMIL

AMOORA MENGELAK SEMBELIT SEMASA HAMIL

Diuji hamil diusia 43 tahun, mengundang bermacam-macam persoalan dalam kepala. Macam-macam fikir, akhirnya berserah total pada Allah. Allah yang memberi, Dia lah yang menjaganya. Alhamdulillah Cikgu Aya tak ada apa-apa alahan semasa mengandung. Kalau ikutkan boleh makan apa saja kalau nak makan, tapi cikgu Aya takut nak makan sembarangan kerana fikirkan ada satu nyawa yang Allah amanahkan dalam rahim ini untuk dijaga. 

Bermula dari saat cikgu Aya tahu je hamil tu, Cikgu Aya mula kaji tentang makanan, tentang apa yang digalakkan makan semasa hamil, apa pula yang dilarang makan. Mengandung anak yang sebelum ni pun dah kaji tentang makanan orang hamil ni tapi mengandung anak kelima ni lain macam sikit perasaan tu. Maklumlah hamil diusia tua tak sama macam hamil diusia muda dulu. Hati-hati memilih makanan, untuk jaga kesihatan diri ibu dan juga anak yang dikandung.

Bila banyak membaca dan mengkaji membuatkan cikgu Aya semakin faham, kenapa dalam Islam amat menitikberatkan pemakanan halal dan makanan sunnah. Keadaan kesihatan anak kita nanti akan ditentukan oleh kesihatan si ibu sebelum hamil lagi. Cikgu Aya terfikir lagi, macam mana ni, tak rancang pun nak hamil, makan pun ikut suka je sebelum ni. Allah takutnya, jaga anak yang kukandung ini Ya Allah. Cikgu Aya serah bulat-bulat pada Allah.

Cikgu Aya mula berjinak- jinak dengan makanan sunnah.Paksa diri telan minyak zaitun, telan minyak kelapa Dara Jamu Bidan, minum susu kambing segar. Makan kismis macam makan gula-gula, tabung atas meja bilik guru memang ada kismis dan kurma je. Kurma Mariami pun makan  walaupun agak terasa juga la harganya, tapi demi anak beli juga. Kurma Ajwa adalah kurma terbaik, walaupun terkejut tengok harganya beli juga. Sempat beli dua kali je sepanjang mengandung. Cikgu Aya amalkan minum pati delima satu sudu sehari. Buah Tin pun makan walaupun tak kerap.

Cikgu Aya fikir betul la berkat amalkan pemakanan tu semua, memang cikgu Aya tak sembelit langsung semasa hamil. Mood pun selalu ceria je walaupun penat bekerja. HB ok je, tak ada kencing manis tak ada darah tinggi. Alhamdulillah, Syukur pada Allah.

Nak tahu sambungan seterusnya tak?
Sabar tunggu PART 2 ye.😊

Catatan popular daripada blog ini

AMOORA BIDADARI TERBAIK UNTUK WANITA

AMOORA SUPERFOOD TERBAIK