KHASIAT MADU LEBAH

KHASIAT MADU LEBAH 🐝
Dari buku Quran Saintifik oleh Dr Danial Zainal Abidin

Madu lebah mengandungi penawar yang bermanfaat bagi kesihatan manusia. Dalam surah An-Nahl ayat 69, Allah menerangkan , 
" Keluar daripada perut lebah minuman madu yang pelbagai warna, dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. "

Madu lebah adalah nektar yang pekat dan merupakan makanan asas bagi lebah dewasa. Madu lebah yang dicampurkan dengan debunga atau pollen menjadi makanan asas bagu lebah di peringkat larva. 

Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fruktosa yang mudah dihadam. Apabila dicampurkan dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.

Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai jenis zat logam seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium, klorin, belerang (sulphur) dan zat besi.

Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Ameria mengesahkan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993, di China. Hal ini dinyatakan oleh Harun Yahya dalam For Men of Understanding (2nd Edition), terbitan Ta-Ha Publishers Ltd, London. 

Setiap madu dari pelbagai sumber mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh, madu lebah daripada pokok strawberi di Sirdinia digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit kerana kesan terapeutiknya yang hebat (Floris I, Prota R.Sul miele amaro di Sardegna - Bitter honey form Sardegna. Apic Mod 1998; 80(2): 55-67).

Madu lebah daripada pokok teratai di India pula terkenal sebagai penawar bagi penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN. Lotus Honey. Indian Bee J 1945; 7:12).

Madu lebah Maduka dari New Zealand pula sedia terkenal kerana kesan antiseptiknya. Profesor Madya Peter Charles Molan daripada Unit Kajian Madu Lebah Universiti Waikato, New Zealand telah mengkaji dan mendapati madu lebah Maduka mampu membunuh pelbagai jenis kuman tidak kira bakteria, fungus atau protozoa.

MasyaAllah, sangat banyak khasiat madu lebah ! Dan Alhamdulillah dalam Amoora Superfood juga terdapat madu lebah. Kita menggunakan madu Sidr dari Yaman.

AMOORA SUPERFOOD ~ MADU SIDR

🍯🍯🍯🍯🍯🍯🍯🍯🍯🍯🍯🍯🍯🍯🍯🍯

Madu Sidr adalah madu terbaik dunia. Madu dari bunga sidr/bidara ini hanya terdapat di Yaman. Madu ini terlalu banyak khasiatnya. Antaranya:

🐝Menambah tenaga

🐝Berfungsi sebagai antibiotik yang lebih baik dari antibiotik moden

🐝Anti oksida yang tinggi

🐝Paras gula yang rendah

🐝Mencergaskan otak dan tubuh badan

🐝Sumber vitamin dan mineral, prebiotik semulajadi

🐝Meningkatkan sel darah merah

🐝Menjadi ramuan utama semula jadi bagi rawatan rambut dan wajah

Selain madu, ada 14 lagi makanan sunnah yang terbaik untuk kesihatan dan kelestarian sistem tubuh badan kita. Di samping halal, Islam menekankan supaya sesuatu makanan diambil dari sumber yang baik lagi berkhasiat.

Dalam tafsir Al-Quran Al-Azim, Imam Ibnu Kathir mentafsirkan makanan yang baik sebagai yang sesuai dengan selera di samping tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal. 

Namun pengambilan makanan berkhasiat secara yang berlebihan akan menghilangkan khasiatnya. Justeru di samping kita mengambil makanan yang halal lagi berkhasiat, kita perlu juga bersikap sederhana dalam pengambilan. 

Kerana itu Amoora Superfood terilham, kesemua 15 makanan sunnah diadun seimbang kuantitinya untuk mencukupi keperluan tubuh badan kita. Tak banyak tapi cukup, inshaAllah ❤

Catatan popular daripada blog ini

AMOORA BIDADARI TERBAIK UNTUK WANITA

AMOORA SUPERFOOD TERBAIK